Lebih 50 pengguna lebuh raya yang membabitkan 47 penumpang dari dua buah bas ekspres terselamat dalam dua nahas melibatkan sembilan buah kereta di Kilometer 202.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.45 petang itu, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu Rashid Mohd. Hashim, 28, telah menekan brek secara tiba-tiba bagi mengelak merempuh sebuah kereta di hadapannya.
Berikutan itu, Perodua Myvi berkenaan dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Naza Citra disusuli rempuhan berturut-turut dari belakang membabitkan Proton Waja, Pesona dan Toyota Vios.
Pada masa sama, sebuah bas ekspres dipandu Buyong Andak, 50, dari Kuala Lumpur ke Melaka bersama 27 penumpang gagal mengelak lalu merempuh kelima-lima buah kenderaan tersebut.
Menurut jurucakap polis, bas itu kemudian terbabas masuk ke lorong tengah dan terseret sebelum terhenti di lorong kecemasan.
“Kejadian tersebut menyebabkan kesemua penumpang menjerit ketakutan namun mereka selamat meskipun ada beberapa penumpang yang cedera ringan,” katanya di sini, hari ini.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Azhar Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada pukul 2.57 petang dan bergegas ke tempat kejadian.
Dalam pada itu, sebuah lagi bas ekspres yang dipandu Mohd. Anuar Othman, 58, dari Terminal Bandar Selatan ke Melaka Sentral cuba mengelak kemalangan di hadapan sebelum turut terbabit kemalangan.
Mohd. Anuar mendakwa, ketika berada di lorong tengah dia melihat kemalangan di hadapannya dalam jarak 100 meter membabitkan sebuah bas ekspres dan lima buah kenderaan pelbagai jenis sebelum bas dipandu hilang kawalan.
“Saya cuba kawal bas supaya tidak rempuh deretan enam kenderaan terbabit, tiba-tiba semasa saya memaut stereng bas untuk masuk ke lorong kiri bas terus berpusing dan terbalik ke sebelah kanan.
Katanya, seramai 22 anggota membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Alor Gajah ke tempat kejadian mendapati kesemua mangsa dari dua lokasi terbabit sudah keluar ke tebing lebuh raya. -utusan
Sama – sama lah kita doakan mereka yang terlibat selamat – Amin
No comments:
Post a Comment