Thursday, 17 April 2014

Karpal Singh maut kemalangan di TAPAH 17 April – Berita bergambar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.


By -

Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan | Berita mengejutkan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan ngeri di kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 12.40 pagi Khamis.
Turut terkorban ialah pembantu peribadi Karpal iaitu Michael Cornelius, 40-an.
karpal_singh matiKetua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.
Katanya, seorang anak pemimpin pembangkang itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV, C.Selvam, 27, tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
“Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu,” katanya.
alphard kapal singh Karpal Singh Maut Dalam Kemalangankarpal singh maut Karpal Singh Maut Dalam Kemalangankarpal singh mati3 Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan




Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ahli Parlimen Gelugor itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Twitternya dari Angkara, Turki mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Karpal atas kematian Pengerusi DAP itu.
Beberapa ahli politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitternya turut menyatakan takziah atas kematian Karpal. “Kita kehilangan seorang rakan, pejuang yang tidak tahu erti penat serta seorang lagenda keadilan… takziah kepada keluarga,” tulis Anwar di Twitternya.

Karpal Singh maut kemalangan – Gambar

Karpal Singh maut kemalangankarpal singh mati kemalangan


Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan veteran DAP, Karpal Singh mendakwa beliau pada awalnya tidak tahu mangsa dalam kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan adalah pemimpin politik terkenal, lapor akhbar Sinar Harian.
Abu Mansor Mohd, 45, berkata beliau segera meninjau keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sebaik sahaja selepas berlaku perlanggaran dan mendapati ada mangsa tercedera.
“Saya tidak tahu itu Karpal sehingga ada beberapa kenderaan lain berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa adalah pemimpin tertinggi DAP,” katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.
Karpal Singh maut kemalanganKarpal terbunuh dalam kemalangan di kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi apabila Toyota Alphard yang dinaikinya hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan.
Jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh jam 7.25 pagi ini dari Hospital Kampar.
Sinar Harian turut melaporkan, pemandu lori berkenaan sebagai berkata, ketika meninjau keadaan mangsa dalam kenderaan itu, beliau mendapati Karpal berada dalam keadaan tidak sedar dan ada kesan darah di sebahagian mukanya.
Karpal, 74, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah.
Menurut polis, terdapat lima penumpang dalam kenderaan itu termasuk Karpal iaitu pemandu, anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh, 38; pembantu peribadi Karpal, dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Pembantu peribadinya, Michael Cornelius Selvam Vellu turut terbunuh sementara Ramkarpal juga cedera di dahi dan lutut.
Pemandu dan pembantu rumah Karpal turut cedera. Pembantu rumah terbabit dikatakan berada dalam keadaan kritikal. TMI

Karpal Singh Maut Kemalangan – Laporan penuh Malaysian Insider:
Kemalangan dikatakan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.
Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan peguam digeruni.
Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau menerima ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 dengan menyertai DAP.
Beliau menang pilihan raya kali pertama pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Peguam lantang itu memenangi kerusi Parlimen Jelutong buat pertama kali pada 1978. Sejak menang pada 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.
Karpal yang aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar ‘Harimau Jelutong’.
Karpal melepaskan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009.
Beliau lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.
Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meringkuk di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang ditahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.
“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulisnya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.
“Kami kehilangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui telefon jam 630 petang semalam. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.
Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: “Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik dan peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh.”

Karpal meninggalkan seorang balu dan lima anak serta empat cucu. TMI / Gambar Karpal Singh maut kemalangan oleh Perak Today dan Astro Awani


No comments:

Post a Comment