Datuk Ali Mamak Meninggal Dunia – Al Fatihah | Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.
Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.
Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. Al-Fatihah.

“Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.
“Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu,” katanya.
Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment