Tuesday, 1 April 2014

Bom Kelab Malam dan Bunuh Kaki Maksiat

Kisah yang ingin dikongsi ini disampaikan oleh Syeikh Muhammad Metwally Al Shaarawy..

Pernah pada suatu hari, aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di negara-negara umat Islam seluruh dunia, halal atau haram hukumnya?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat syaitan untuk membawa mereka ke neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu, kumpulan kamu dan syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”


Sabda Rasulullah s.a.w : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah s.a.w maka Baginda pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda s.a.w : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah?

Baginda s.a.w menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.

Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah s.a.w pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"


sumber : facebook

***************************

Nampak? Tapi, ada antara kita bila tengok orang buat maksiat saja, kita maki hamun dan hina dia. Jika ada yang buat maksiat mati kena belasah misalnya, kita cakap padan muka. Walhal kita sepatutnya malu kerana gagal berdakwah kepada mereka. Kita sepatutnya sedih kerana tidak sempat menyelamatkan saudara seagama kita daripada dilemparkan  ke neraka.

Renung-renungkan. Jangan sampai termenung.




SZ : Lagi bagus, haramkan saja pusat hiburan, kelab malam dan segala aktiviti yang mempunyai unsur maksiat ni.

No comments:

Post a Comment