Azean Irdawaty Meninggal Dunia | PRIMODANA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini.
Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.
Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.
“Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah,” katanya.Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.
Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.
Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.
Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
Selepas membaca ini penulis berharap kita sama sama lah mendermakan Al Fatihah kepada rohnya supaya tergolong dalam golongan orang orang yang beriman.
Azean Irdawaty Kritikal
Pelakon veteran Azean Irdawaty satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri lakonan tanahair. Namun, seperti yang sedia maklum Azean kini terpaksa menerima rawatan dihospital kerana mengidap penyakit kanser.
Terbaru, berita melalui Astro Awani, keadaan Azean dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan doctor mengesahkan bahawa barah tumornya kini sudah merebak ke bahagian lain.
Dek kesibukkan menghadapi pilihanraya yang semakin dekat, khabar yang kurang baik sampai kepada pihak portal Murai mengenai seniwati Azean Irdawaty.
Ibu kepada pelakon Benjy itu sudah lama menderita barah tumor dan kini dilaporkan merebak ke kawasan vaskular pada tubuhnya.
Hal ini disampaikan oleh seorang penulis blog yang bernama Chegu Zubir yang prihatin setelah hal ini dikongsi anak bongsu Azean sendiri, Inessa Irdayanty di Facebook mengenai cerita sedih menimpa ibunya itu.
Anak seniwati itu menulis, vaskular adalah bahagian di dalam badan yang mengandungi banyak urat pengaliran darah.
Dalam tulisannya itu juga, Azean dilaporkan mungkin kehilangan darah yang banyak dan memerlukan darah tambahan.
Inessa Irdayanty juga menulis, perkara paling buruk yang mungkin berlaku disebabkan hal ini adalah jantung Azean boleh berhenti berdenyut.
Dilaporkan bahawa seorang doktor yang merawat Azean Irdawaty di Hospital Sungai Buloh memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi lain boleh memberikan risiko satu hingga lima peratus.
Azean sepatutnya dibedah semalam (Khamis 18 April 2013), tetapi kerana insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera.
Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin ini.
Inessa Irdayanty melalui laman Facebooknya juga memberitahu, pembedahan yang rapi dan teliti perlu dijalankan kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.
Sebuah operasi pembedahan yang akan mengambil masa yang agak panjang untuk dilaksanakan kerana ia berada di tahap kritikal.
Pihak hospital juga kini tidak membenarkan kunjungan pelawat bermula semalam, hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.
Diharapkan kita dapat membantu seniwati ini bagi meringankan bebannya dan keluarga.
Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa sebarang komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.
Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean Irdawaty, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).-murai.com.my-

No comments:
Post a Comment