Thursday, 17 April 2014

CARA MANDI WAJIB YANG SAH





Mandi wajib atau mandi junub merupakan perkara penting kerana amalan kita berkaitan dengannya.Terkadang terlintas adakah cara mandian kita sah mengikut syarak.Sekadar berkongsi dan semoga perkongsian ini dapat di jadikan rujukan kita bersama.

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya.  
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib 
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah  
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib 
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas 
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. 
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri 
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas 
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa. 
  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk fahamJadi fokus jangan tak fokus.

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. 

Kebersihan asas keimanan.Marilah kita bersama mengambil berat perkara ini agar kita sentiasa dalam keadaan yang bersih dan suci ketika bertemu Allah.

Foto Kemalangan Mengerikan Yang Berada Dihujung Maut.


Wednesday, 16 April 2014


Tidak sesiapa yang mengetahui jika sebuah kemalangan akan berlaku. Sama seperti pemandu-pemandu kenderaan dalam gambar ini. Pasti semua pemandu ingin kenderaan yang mereka naiki selamat dan selesa sampai ke tempat dituju.

Namun bagaimana jika sebuah kemalangan mengerikan ini terjadi? Amat beruntunglah bagi mereka yang masih selamat. Tapi lihat bagaimana kenderaan-kenderaan berikut ini berada di hujung maut, cukup mengerikan.Jom saksikan foto-foto berikut;











9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincang Dengan Lelaki


pasangan 9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincang Dengan Lelaki
9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincang Dengan Lelaki | Salam bukan senang untuk membina perhubungan ke arah kebahagian lebih lebih lagi pasangan kita tu, kita mahu dia benar benar memahami kita sebelum kita digelar suami atau isteri bersama pasangan yang kita cintai.
Apapun pasangan wanita seharusnya lebih peka perkara sensitif oleh lelaki. Oleh itu Wanita seharusnya memainkan peranan sebelum membincangkan sesuatu perkara yang tidak patut diceritakan kepada pasangannya, ini kerana akan timbul pelbagai dugaan dan menyusahkan diri wanita sendiri apabila berlaku jujur kepada pasangan anda.
Berikut adalah 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka bersama lelaki :
1. Jangan sentuh bab lelaki lain yang dalam senyap dia mencintai kamu.
2. Membenci perbuatan Ibunya, Itu memang menjadi kepantangan lelaki.
3. Berkongsi cerita yang anda pernah berlaku curang dibelakang pasangan anda.
4. Jangan sesekali menceritakan atau mengutuk kawan baik pasangan anda itu. Kerana kawan itu penting bagi mereka.
5. Jangan samakan dia kini dan sebelumnya. Lebih lebih lagi tentang keburukan yang ada padanya.
6. Jangan kondem atau melemahkan semangatnya terutama terhadap pekerjaannya sebaliknya berikan sokongan kepadanya.
7. Perkataan Cerai memang pantang didengar oleh lelaki. Oleh itu elakkan dari menyebutnya.
8. Kalau gaji atau pendapatan anda lebih daripadanya, jangan diperbesarkan kerana ia boleh menyinggung perasaan pasangan anda.
9. Jika jumpa teman lelaki lama atau kawan lama, jangan terlalu ghairah bercerita tentangnya. Kadang kadang boleh timbul kemarahan pada teman lelaki anda. Kalau boleh cerita cool jer.

Tragis! 6 sekawan rentung bersama Skyline


By -
skyline Tragis! 6 sekawan rentung bersama Skyline
Tragis! 6 sekawan rentung bersama Skyline| Seramai enam individu maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.
Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.
Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.
“Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian,” katanya
Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.
“Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.
“Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung,” katanya.
Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.-sinar harian

10 Sebab Kenapa Lelaki Menangis


lelaki menangis 10 Sebab Kenapa Lelaki Menangis
Sukar untuk melihat seorang lelaki sejati mengalirkan air matanya. Biasanya lelaki lebih memilih untuk memendamkan perasaannya daripada terus meluahkan. Mereka mungkin kelihatan seperti mahu kontrol macho, tetapi jangan pula anggap mereka ni tidak ada perasaan.
Salam, sudah lama wann tak menulis pasal lelaki.Hari ini wann nak berkongsi satu info yang wann sendiri tak berapa pasti boleh pakai ke tak? Tapi wann rasa banyak juga yang betul tentang info tersebut melalui pemerhatian dan pengalaman wann sendiri.Seperti yang anda sedia maklum, wann ingin kongsi sebab yang menyebabkan orang lelaki akan menangis.
10 Sebab Lelaki Menangis
1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4.Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5.Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan lain yang diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasa kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya adalah menikahi wanita yang dicintainya!
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Bukan semua lelaki sanggup menyaksikan sendiri proses kelahiran anak pertama. Bagi mereka yang tidak sanggup melihat, mereka adalah antara orang yang rugi kerana saat itulah yang sebenarnya sangat bererti buat pasangan itu dan diri lelaki itu sendiri.
Sekiranya anda seorang lelaki yang sukar menangis, kasi kongsi apakah situasi yang membolehkan anda menangis dan hiba.. adakah mendengar tadbir raya pada hari raya?

Kes Pembunuhan Along Spoon Akhirnya terjawab


By - along spoon Kes Pembunuhan Along Spoon Akhirnya terjawab
Pejam Celik, sudah 12 tahun Sabi’ul Malik atau lebih popular dengan panggilan Along Spoon meninggalkan kita semua. Bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan Spoon pastinya tidak dapat melupakan penyanyi yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air suatu ketika dulu ini.
Semalam di dalam kereta ketika balik dari Alamanda, radio Hot fm telah memainkan lagu Memori sekuntum rindu dendangan kumpulan Spoon. Secara spontan mulut ini bersuara “Penyanyi lagu nie dah meninggal kan?”. Tanya saya kepada abang saya yang juga membesar dengan lagu-lagu Spoon. Pemergian arwah sebenarnya mengundang banyak persoalan dalam kepala saya yang masih kecil lagi ketika peristiwa ini berlaku. Abang saya pun tanpa berselindung bercerita dari A sampai Z mengikut pengalaman dan pengetahuan yang ada. Interesting! Cerita abang saya itu telah berjaya menarik minat saya untuk research pembunuhan kejam itu dan akhirnya saya menemui jawapannya malam tadi.
Sebelum pemergian arwah, kumpulan Spoon berjaya menerbitkan dua buah album terbaik iaitu Spoon – Spoon (1998), Spoon – Kembali Merindu (1999). Kehebatan kumpulan ini telah meletakkan mereka antara kumpulan slow rock terbaik pada zaman itu dan ketika itu jugalah tercatatnya kegemilangan lagu-lagu jiwang yang ter’best’ dalam sejarah industri muzik Malaysia.
Namun pada 25 Disember 1999 , Dikala peminat yang setia dengan kumpulan spoon tidak sabar menanti album seterusnya, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu. Lihat kronologi di bawah..
kesbunuhalong spoon Kes Pembunuhan Along Spoon Akhirnya terjawab
Perkembangan kes yang memakan masa 9 tahun ini berakhir dengan keputusan pembunuh, Mohamed Ya’cob dihadapkan ke tali gantung pada tahun 2010. Pembunuhan ini dikatakan berpunca daripada perasaan cemburu namun di sini saya tidak berani mengulas mengenai hal ini. Untuk lebih jelas lagi lihat pada link yang telah saya berikan. Ada beberapa komen yang begitu menyentuh yang sempat saya baca mengenai pemergian arwah Along. (SINI)
Vokalis Spoon pernah digantikan dengan adik kandung kepada arwah iaitu Azlong, tetapi masih tidak dapat menandingi aura yang dimiliki arwah. Kerinduan peminat terhadap arwah begitu mendalam sehinggakan peminat masih tidak dapat menerima pengganti selepas pemergian arwah.
Kes tersebut menjadi bualan hangat bertahun lamanya , hingga kini ramai yang tidak dapat menerima pemergian tersebut termasuklah ibu arwah sendiri. Ternyata research yang saya buat semalam, akhirnya telah menjawab semua persoalan misteri yang bermain diminda ini mengenai pembunuhan arwah. Al-fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!
Jom lihat sebuah lagu berbentuk video, sungguh berdayu dan lunak suaranya.. walaupun anda pertama kali mendengarnya..

Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung


By -
Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung | Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Gua Tempurung di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres terbabit manakala dua mangsa yang cedera merupakan seorang lelaki dan seorang wanita.
bas2 Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung
Kedua-dua mangsa itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan susulan.
bas3 Seorang Maut, 2 Parah, Bas Ekspres Jatuh Gaung
Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke utara.
“Siasatan awal mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.
“Setakat yang kami tahu, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.
“Namun usaha mencari dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat masih sedang dilakukan untuk memastikan tiada lagi mangsa lain,” kata Ng. – http://terengganutoday.com/

Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan


By -
bayi meninggal Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan
Bayi 10 bulan maut dilanggar ibu alih kenderaan |  Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.
“Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.
Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.
“Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.
“Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.
– Bernama

Betulkah Vitamin C Penyebab Batu Karang?


By -
Betulkah Vitamin C Penyebab Batu Karang?|Kalau bercakap bab kesihatan, semua benda takleh makan. Semua benda kena jauhi. Tapi kalau tak makan, melalut kegersangan pulak. Selain daripada makan, tekanan stress juga perlu dijauhi, kena kontrol. Tapi nak elak stress bukan senang. Tambah lagi dgn jalanraya mcm haram, pemandu suka buat taik sana sini.
So, for those yang amik vitamin c sebagai supplement tambahan, aku rasa ni boleh bagi guide kat korang. Vitamin C ni dgr crita mmg bagus untuk kecantikan kulit, untuk selsema. Tapi side effect tetap ada. Ada setengah pihak pulak menyatakan, pengambilan vitamin C perlu ditokok tambah dengan minum air suam pada kadar yang banyak untuk melarutkan vitamin C dalam badan.
SUATU ketika dahulu, penulis pernah bercadang untuk mengeluarkan produk dalam bentuk suplemen bertujuan membantu mencegah serta merawat arteri jantung tersumbat. Satu daripada bahan yang penulis akan masukkan ke dalam formula suplemen tersebut ialah vitamin C di mana dosnya adalah jauh lebih tinggi daripada biasa dicadangkan golongan doktor.
Seorang sahabat memperkenalkan kepada seorang doktor pengamal perubatan moden yang memang berminat untuk mengeluarkan produk suplemen. Namun ketika berbincang dengannya beliau terus menunjukkan rasa tidak puas hati kerana formula olahan penulis mengandungi paras vitamin C yang tinggi berbanding paras biasa yang beliau preskripsi kepada pesakitnya.
Dalam formula tersebut, penulis ada menyatakan paras vitamin C ialah 500 miligram (mg) untuk setiap kali makan.
Jika konsumer mengambil vitamin C bagi tiga kali sehari seperti dicadangkan ia berjumlah 1,500 mg sehari.
Doktor tersebut berkata bukan beliau sahaja tidak bersetuju dengan idea kandungan vitamin C dos tinggi tersebut namun ia berkemungkinan besar sukar untuk mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.
vitC Betulkah Vitamin C Penyebab Batu Karang?
Itulah usaha terakhir penulis dalam usaha cuba mendapatkan pelabur untuk projek pengeluaran suplemen mengandungi vitamin C dos tinggi. Sejak hari itu penulis memfokuskan usaha menyampaikan kearifan (ilmu) kepada orang ramai mengenai vitamin C dos tinggi banyak manfaatnya kepada kesihatan dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Penulis sendiri biasa mengambil sehingga 3,000 mg sehari bagi memulihara kesihatan secara keseluruhan. Pada keadaan tertentu penulis mencadangkan penghidap flu di mana simptomnya lebih teruk daripada demam selesema agar mengambil antara 5,000 dan 7,000 mg sehari.
Selain berfungsi sebagai antioksidan, bahan pembentukan kolagen dan membantu pelbagai proses metabolisme, vitamin C sebenarnya bersifat antivirus dan antibakteria!
Rawat flu
Bagi mereka yang mengambil suplemen antivirus dan perangsang sistem imun seperti echinacea atau neem mereka boleh mengurangkan dos pengambilan harian vitamin C di atas kepada separuh.
Beberapa suplemen yang berfungsi secara sinergi dengan vitamin C dos tinggi ketika seseorang mengalami flu ialah herba antivirus, suplemen Zink dan minyak hati ikan kod.
Herba antivirus yang sesuai bagi membantu memendekkan tempoh flu ialah echinacea, neem, thyme, oregano, cengkih dan kayu manis.
Ramai doktor tidak setuju dengan pengambilan vitamin C dos tinggi kerana mereka percaya ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
Sesungguhnya cadangan pengambilan vitamin C dos tinggi bukan sahaja dilakukan pakar perubatan alternatif yang arif, malah dipraktikkan doktor yang mempunyai latarbelakangkan ilmu perubatan moden.
Dr Ronald Hunninghake merupakan pakar yang menyuntik vitamin C kepada pesakit terutama yang menghidap kanser.
Dos minimum suntikan vitamin C menurut protokol Riordan IVC (intravenous vitamin C) ialah 15 gram. Riordan ialah nama keluarga bagi Dr Hugh Riordan iaitu seorang doktor di mana Dr Hunninghake mempelajari kaedah penggunaan vitamin C dos tinggi kepada pesakit kanser.
Pembaca harus ambil perhatian, artikel ini hanya menyampaikan maklumat mengenai penggunaan vitamin C dos tinggi. Ia memang bertentangan dengan amalan doktor konvensional.
Pembaca harus faham, sebarang jenis suntikan sama ada ubat atau suplemen hanya boleh dilakukan doktor perubatan moden bertauliah di mana pesakit perlu menjalani pemeriksaan paras kandungan sejenis protein bagi memastikan sama ada pesakit selamat disuntik atau tidak. Orang awam hanya boleh mengambil vitamin C dos tinggi secara oral (ditelan bersama air masak/mineral).
Adakah pengambil vitamin C dos tinggi menyebabkan pembentukan batu karang?
Pembentukan batu karanglah yang menyebabkan doktor bimbang apabila mendengar jika ada orang yang mengambil vitamin C dos tinggi. Pembaca yang ingin mengetahui mengenai fungsi dan kesan vitamin C sila lawati Linus Pauling Institute, Oregon State University di laman web http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/vitamins/vitaminC/.
Kesimpulan daripada institut ini adalah
“Vitamin C suplemen meningkatkan paras oksalat, bagaimanapun kaitan antara peningkatan oksalat dalam air kencing dengan peningkatan risiko batu karang masih tidak diketahui.”
Keputusan pelbagai kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang adalah bercampur. Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan kaitan positif dan ada juga kajian yang menunjukkan kaitan sebaliknya (negatif).
Sebuah kajian epidemiologi (sesetengah pakar tidak menerima pakai kajian jenis ini kerana ia tidak sejitu kajian intervensi sepertimana kajian double blind) iaitu kaji selidik terhadap sekumpulan lelaki dan sekumpulan wanita yang telah mengambil vitamin C dos tinggi dan rendah.
Sebuah kajian melibatkan 45,251 orang lelaki mengambil vitamin C selama 6 tahun manakala sebuah kajian lain melibatkan 85,557 orang wanita yang mengambil vitamin C selama 14 tahun.
Golongan penyelidik mendapati mereka yang mengambil vitamin C lebih dari 1,500 miligram sehari tidak meningkatkan risiko batu karang.
Kedua-dua kajian dilakukan Curhan GC dibantu beberapa penyelidik lain dan masing-masing dilaporkan dalam  Journal of Urology (Jun 1996) dan Journal of American Spociety of Nephrology (April 1999).
Berdasarkan keputusan kajian yang mengaitkan pengambilan vitamin C dan risiko batu karang yang bercampur, maka Insitut Linus Pauling termasuk ramai saintis dan pakar perubatan moden mencadangkan agar orang ramai yang mudah mengalami pembentukan batu karang berasaskan oksalat agar menjauhi suplemen vitamin C.
Dr Hunninghake iaitu doktor yang biasa menyuntik vitamin C kepada pesakit kanser dipetik berkata, “Ia (vitamin C) adalah selamat.
Idea yang menyatakan vitamin C menyebabkan batu karang tidak dapat dibuktikan… terdapat beberapa kajian oleh ahli-ahli urologi yang mendapati vitamin C dos tinggi tidak menimbulkan masalah.”
Asid oksalik iaitu metabolit (produk yang terhasil apabila vitamin C menjalani metabolisme) vitamin C memang akan meningkat apabila seseorang mengambil vitamin C. Namun pembentukan batu karang berasaskan asid oksalik dan kalsium bergantung kepada pelbagai faktor.
Stres dan makanan tinggi protein dikatakan antara faktor yang mudah menyebabkan pembentukan batu karang.
Sebarang penyakit atau keadaan yang menghalang penyerapan lemak oleh trek gastro usus juga dikatakan meningkatkan risiko batu karang jenis kalsium oksalat.
Jika anda mengalami batu karang atau mengambil vitamin C dos tinggi tetapi bimbang akan mengalami baru karang maka amalkanlah pengambilan cuka epal. Satu sudu besar diambil bersama setengah cawan air setiap pagi. Boleh juga diambil 1 – 2 dos sepanjang hari.-mynewshub

Kakak dibunuh, dua adik ditemui mati

By -
kakak di bunuh Kakak dibunuh, dua adik ditemui mati
Kakak dibunuh, dua adik ditemui mati| Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong manakala dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang.
“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang sebelum ini. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,”katanya kepada  pemberita di tempat kejadian hari ini.
Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.
Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.
Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.
“Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat,” katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. – Bernama

Batu Karang Dalam Hempedu


By -
Batu Karang Dalam Hempedu | Hati menghasilkan hempedu – sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.
Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.
Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.
“Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.
“Anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu di dalam tubuh anda,” kata Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan itu.
Seperti kebanyakan orang yang pernah menghidap penyakit batu karang hempedu, anda juga boleh mengalaminya tanpa sedar kerana ia boleh hadir tanpa sebarang simptom atau memerlukan rawatan perubatan.
Jika anda seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.
batu karang hempedu 2 Batu Karang Dalam Hempedu
Simptom-simptom
  • Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen, kata Dr. Abd. Hamid.
“Ini mungkin menandakan serangan penyakit batu karang hempedu akan berlaku. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam.
Selalunya, rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, akan menular ke belakang atau bahu kanan,” jelasnya.
Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.
  • Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.
Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Tambah Dr. Abd. Hamid, ada ketikanya, batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui duktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil (duktus hempedu biasa). Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.
“Terdapat beberapa kes di mana ketulan batu karang mungkin tersumbat dan menyekat duktus, mengakibatkan komplikasi yang dikenali sebagai pankreatitis. Besar kemungkinan anda akan mengalami kesakitan dan demam disebabkan pembengkakan di kawasan tersebut. Jika tidak dirawat segera, ia boleh mengancam nyawa,” katanya.
Beberapa tanda dan simptom duktus hempedu yang tersumbat termasuklah kulit yang kekuningan dan kawasan mata menjadi putih (jaundis), air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk.
“Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu – sakit di bahagian abdomen, warna kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap, dan demam panas dan sejuk – sila dapatkan penjagaan kecemasan.
“Perlu juga diingatkan bahawa ada waktunya, anda akan mengalami jaundis dan perubahan pada warna air kencing dan najis tanpa kesakitan atau senak yang teruk. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan warna itu,” terang Dr. Abd. Hamid.
Faktor-faktor Risiko
Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
  • Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
  • Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
  • Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
  • Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.
Jenis-jenis batu karang hempedu
  • Batu karang hempedu berkolesterol. Batu-batu karang hempedu yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80 peratus batu karang hempedu adalah batu kolesterol.
  • Batu karang hempedu berpigmen. Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.
  • Batu karang hempedu duktus primer. Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.
Rawatan

Doktor-doktor sering kali menemui ‘batu-batu senyap’ ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk ‘tunggu dan lihat’ daripada merawat.
Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.
Pembedahan
  • Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.
  • Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.
  • Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.
Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
  • Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
  • Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Fakta Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki


By -
wanita cepat tua Fakta Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki
Wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.
Sebelumnya penyelidik sudah menduga hal ini sejak lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita.
“Perbezaan ini ternyata disebabkan karena wanita mempunyai kelenjar peluh (sebaceous glands) yang lebih sedikit daripada lelaki,” ujar Dr Moshe Kon dari University Medical Centre Utrecht,
Sebaceous glands atau kelenjar peluh berfungsi mengeluarkan minyak yang akan membuat kulit tetap lembut. Pada wanita, jumlah kelenjar tersebut sangat sedikit sehingga seiring berjalannya waktu, wanita akan tampak lebih tua berbanding lelaki, terutama di daerah sekitar mulut yang akan lebih berkeriput.
Penyelidik memfokuskan kajian pada daerah wajah, iaitu pada bahagian sekitar mulut, baik atas sebelah maupun bawah. Selain kelenjar keringat yang lebih sedikit, yang membuat wajah seorang wanita kelihatan lebih tua berbanding lelaki adalah sekurang-kurangnya pembuluh darah yang mengalir di daerah mulut.
Otot-otot mulut yang terdapat pada wanita juga lebih dekat pada kulit.Akibatnya kulit akan tertarik dengan kencang tapi lebih cepat pula berkeriput.Kelebihan lelaki yang membuatnya lebih awet muda daripada wanita ternyata juga terdapat pada kelenjar peluh dalam setiap folikel rambutnya.
“Lelaki punya kelenjar keringat lebih banyak per setiap folikel rambutnya yang akan membuat kulitnya lebih lambat mengalami penuaan,” kata Dr Kon.
lelaki kacak Fakta Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki
Beberapa penyebab penuaan yang lebih cepat pada wanita juga disebabkan oleh menipisnya hormon estrogen menjelang masa menopause yang membuat aliran darah berkurangan dan menyebabkan garis-garis halus dan kerutan di kulit.
Satu penemuan penting lagi dari kajian ini adalah, tulang rahang wanita akan menciut lebih cepat jika sudah tua berbanding lelaki. akibatnya, bahagian untuk menopang kulit tidak ada lagi dan akhirnya muncullah kerutan.
“Cara paling baik agar kulit tetap terlihat muda adalah mengelakkan merokok, sinar matahari dan usahakan pakai pelembab kemanapun anda pergi,” kata Dr Jessie Cheung, dermatolog dari NYU Langone Medical Centre, New York City.

Pelajar perubatan ditemui mati


By -
pelajar perubatan maut Pelajar perubatan ditemui mati
Pelajar perubatan ditemui mati|Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini.
Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu.
“Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya.
“Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pada sesi perjumpaan di universiti berkenaan berkaitan keputusannya untuk bertukar jurusan,” katanya dekat sini.
Selepas itu, kata Kwee Wah, dia cuba beberapa kali menghubungi anaknya tetapi gagal.
Curiga dengan keadaan ini, Kwee Wah menyuruh isterinya segera pulang rumah untuk melihat keadaan Aivern.
“Sejurus tiba di rumah jam 12 tengah hari, isteri saya menemui Aivern dalam keadaan tertiarap dengan kepala berselubung plastik putih dan muka berlumuran darah di dalam bilik tidur kami di tingkat atas.
“Isteri saya membuka plastik di kepala Aivern, namun mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi saya,” katanya.
Sementara itu, Kwee Wah berkata, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, baru-baru ini.
“Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan.
“Aivern merupakan anak sulung daripada dua beradik, sementara  adiknya kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, tali pinggang yang diikat pada gril tingkap di bilik ibu bapa mangsa putus dan dipercayai mangsa menggantungkan diri di situ.
“Tali pinggang tersebut terputus menyebabkan muka mangsa tersembam ke lantai sehingga sebahagian mukanya hampir pecah.
“Tiada kecederaan lain ditemui dan kesemua pintu serta tingkap berkunci sebaik ibunya tiba di rumah, malah tiada kesan pergelutan ditemui. Keadaan di dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada barang hilang,” katanya.
Katanya, kes masih disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Daun Selasih Redakan Batuk Berkahak


By - daunselasih Daun Selasih Redakan Batuk Berkahak
Jika anda mengalami batuk berkahak dan mengambil masa yang lama untuk sembuh, ambil 10 helai daun selasih, sebuku halia sebesar ibu jari dan sebuku gula batu. Rebus bersama segelas air dan biarkan hingga tinggal setengah gelas. Minum air rebusan tadi. insyallah, batuk anda akan semakin pulih.

6 Mati Ambil Dadah Berlebihan di Konsert FMFA 2014 – Festival Muzik


By -
6 Mati Ambil Dadah Berlebihan di Festival Muzik (Konsert FMFA 2014)| Enam orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
“Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
“Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin,” kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.
Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ).
Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.
Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun.
Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital.
Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina. Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival. Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini.
Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan,” katanya. – 15 Mac, 2014.

Apakah Itu Penyakit Kencing Tikus


By -
penyakit kencing tikus Apakah Itu Penyakit Kencing Tikus
Apakah itu penyakit kencing tikus? | Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
Adakah tikus pembawa bakteria ini?
Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
kencing tikus 782x1024 Apakah Itu Penyakit Kencing Tikus
Faktor risiko termasuklah:
Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas. Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia – Al Fatihah


By -
9003187241 7c31397c96 o Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia   Al Fatihah
Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.
Anak Allahyarham, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
“Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi,” katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.
Allahyarham yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. – Al Fatihah -

Kerap Kencing Tanda Sakit


By -
kerap kencing Kerap Kencing Tanda Sakit
Kerap Kencing Tanda Sakit | TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur.
Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas. Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.
Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and Nocturia).
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian OAB.
“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate), baru-baru ini.
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” katanya.
Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu,” katanya.
Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.
Fakta: Faktor risiko OAB
# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar
INFO: Tip tangani OAB
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.

Pelakon, Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia


By -
ahmad busu meninggal dunia Pelakon, Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia
Pelakon, Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia | Cukup terharu apabila penulis membaca pemergian pelakon dan pelawak veteran ini yang sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad.
Pelakon veteran dan pelawak terkenal Ahmad Busu, 60, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam akibat diserang penyakit angin ahmar.
Exco Seniman Malaysia, Meary Chu Abdullah, berkata allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di hospital berkenaan pada 7.05 malam.
“Mula-Mula arwah demam biasa, tapi tiba-tiba tidak sedarkan diri. Allahyarham meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital berkenaan.
“Kita juga akan memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada balu dan anak Allahyarham untuk pengurusan jenazahnya,” katanya.
Beliau berkata, jenazah akan dibawa pulang di kediaman allahyarham di Taman Seri Andalas dan dikebumi pada kira-kira 9 pagi hari ini di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, Klang.
Ahmad, yang berasal dari Taiping, Perak meninggalkan seorang balu dan empat anak.
Allahyarham, yang dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’, memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Meary berkata, allahyarham semasa hayatnya, seorang yang baik hati, suka membuat lawak dan peramah.

Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terbuka


By -
bahaya tidur buka lampu Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terbuka
Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terbuka | Rasanya tahukah anda sekiranya anda tidur dengan membuka lampu pada waktu malam boleh memberikan kesan kepada kesihatan anda? Hari ini penulis terbaca satu artikel bahawa tidur waktu malam membuka lampu boleh mendatangkan bahaya. Patutlah kadang kadang bila penulis tidur waktu malam buka lampu badan rasa lenguh lenguh jer bila bangun.
Bagaimanapun fakta ini penulis baca hanya di laman laman sosial dan internet sahaja. Macam mana pun penulis lebih suka tidur tutup lampu sebab utamanya jimat elektrik hihi.
Disini ada beberapa tips terutama perempuan sekiranya tidur di malam hari jika lampu menyala
1. Meransang pembentukkan kanser
2. Menganggu hormon melatonin dalam tubuh. Hormon melatonin dapat mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara mahupun kanser prostat
3. Membuatkan otak terus bekerja dan tidak dapat berehat dengan secukupnya kerana otak anda merespon cahaya yang ada di bilik tidur
Satu persidangan berkaitan tentang penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam berbanding dengan yang tidak pernah memasang lampu waktu tidur.
Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).
Orang buta tak ada masalah terhadap proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Ini sahaja yang dapat penulis kongsikan buat anda semua.

Gadis Maut Ketika Gugurkan Janin?


By -
mati keguguran Gadis Maut Ketika Gugurkan Janin? Gadis Maut Ketika Gugurkan Janin? | Dari sudut perundangan Malaysia, menggugurkan bayi dalam kandungan adalah satu jenayah.
Kecuali, jika doktor mengesahkan bahawa pengguguran itu perlu untuk kesihatan ibu mengandung atau kandungan berkenaan menyebabkan kecelakaan kepada fizikal dan mental pesakit.
Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat, maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Bagaimanapun ini cuma hukuman dunia. Bagi orang Islam, hukuman di akhirat pastilah lebih berat lagi kerana ia melibatkan pembunuhan.
Bagi yang sudah terlajak hingga mengandung, usah ditambah dosa sedia ada hingga terfikir mahu melakukan pengguguran.
Fikir-fikirkan apa jadi jika pengguguran tidak berlaku hingga meragut nyawa anda sekali?
Itu belum diambil kira masalah jangkitan dan lain-lain kesan sampingan yang mungkin dihadapi.
Dalam gambar yang dimuatnaik di blog siemens-melayumaju.blogspot.com ini, ia dikatakan mayat seorang gadis yang menemui ajal ketika dalam proses menggugurkan bayinya.
Tak pasti sejauh mana kebenarannya namun yang pasti ia amat mengerikan!Semoga ia menjadi pengajaran berguna terutama gadis-gadis di luar sana agar memelihara batas pergaulan sebelum terjebak dalam masalah yang lebih rumit.-siemens-melayumaju.blogspot.com

Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur


By -
Umi Kalthum Meninggal Dunia Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur
Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur | Al-Fatihah Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.
Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.
“Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya
Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.
Umi Kalthum Meninggal Dunia2 Pelakon Umi Kalthum Meninggal Dunia Dalam Tidur
Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.
Menurut Noorkumalasari, Allahyarham juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon Datuk S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.
Kali terakhir Allahyarham ke sana adalah pada April lalu. Beliau dan S Roomai Noor juga telah mengerjakan ibadah Haji pada tahun 1976 dan 1982.
sumber : mstar