Thursday, 27 March 2014

#basikal o basikal.....


mende ni satu objek yg sgt saya taksub di zaman kanak-kanak dulu. Paling tak pandai naik basikal tua (ala.. yang kaler hitam body dia kurus jerr...tayar pun halus)... siap la menjajar ke mana-mana kalau tunggang, haa!!! yang ni wajib jatuh!!.  Ini juga disebabkan faktor kependekan alami saya.

kalau nak glamour, bmx laaa.... kiranya makbapa loaded ni kalau dapat satu!!   mana tak nyerr, keliling kita ni dia dok tunggang2, pusing2, 'willy2' (bule jongket handle ke atas, basikal gerak guna tayar belakang jer), brek emergency sret!! sret!!... kita semua pun dok asyik tengok keberanian dan kecekapan sesiapa yang ada bmx ni... lagi la yang kaler merah atau biru (kira kaler glamer laa time tu..)

zaman kanak2 mana tau penat... naik berkilat tengkok dan dahi berkejar sana sini... jatuh ke luka ke tetap sambung main.  kalau ingat balik kenangan 'childhood' ni tersenyum2 sendiri...

kita semua xde nak rasa dengki2 melainkan dalam game sahaja, mestilah dengki sebab nak menang!!! kita juga xde pula berperasaan 'nafsu' sesama kawan, we feel free!! juz for fun.... bila kawan ada barang tapi kita xde, kita tengok aje laa... nak pinjam???  hihihi... malam sikit!!!  tapi kalau setakat nak pegang belek tengok tu, bule laa..

BERTUAHNYA jadi budak kampung!
 · 

No comments:

Post a Comment